20 Mei 2011

ENZIM (ENZYME)

ENZIM (ENZYME)
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rajah riben enzim (enzyme) Asetilkolinesterase

Enzim (enzyme) ialah sejenis protein yang bertindak sebagai mangkin organik yang dapat mengawal atur serta mempercepatkan tindak balas biokimia dalam sel.
  1. Substrat ialah bahan yang ditindak balas oleh enzim (enzyme).
  2. Kofaktor ialah bahan bukan protein dalam bentuk ion logam (contoh: magnesium dan kalium) atau molekul organik (contoh: koenzim A) yang diperlukan bagi pengaktfan enzim (enzyme) tertentu.
  3. Perencat ialah bahan kimia yang melambatkan atau menghentikan suatu tindak balas atau proses kawalan enzim (enzyme).
  4. Bahan kimia yang mengambil bahagian dalam metabolisme sel dikenali sebagai metabolit.
  5. Setiap proses biokimia terdiri daripada satu siri tindak balas biokimia.
Penamaan enzim (enzyme)
  1. Enzim (enzyme) dinamakan mengikut substrat yang ditindakkan olehnya dengan akhiran -ase. Contohnya enzim (enzyme) sukrase menguraikan sukrosa kepada glukosa dan fruktosa.
  2. Nama-nama enzim (enzyme) yang telah lama wujud tetap dikekalkan, misalnya renin, tripsin dan pepsin.

Ciri umum enzim (enzyme)

1. Enzim (enzyme) terbina daripada protein yang dihasilkan oleh sel hidup.
2. Tindakan enzim (enzyme) spesifik. Setiap jenis enzim hanya bertindak balas dengan substrat tertentu sahaja. Contoh: enzim (enzyme) sukrase hanya boleh berindak balas dengan sukrosa tetapi tidak boleh bertindak balas dengan maltosa walaupun kedua-duanya adalah gula.
3. Tindak balas enzim (enzyme) boleh berbalik. Arah tindak balas bergantung kepada jumlah substrat dan hasil yang ada. Tindak balas penguraian lemak akan berlaku dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri sehingga keseimbangan tercapai antara kedua-dua substrat.
4. Enzim (enzyme) diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Sedikit enzim (enzyme) akan memangkinkan satu bilangan besar tindak balas biokimia yang sama.
5. Enzim (enzyme) tidak boleh dimusnahkan selepas tindak balas biokimia selesai. Oleh itu, enzim (enzyme) boleh digunakan berulang kali.
6. Suhu optimum bagi tindak balas enzim (enzyme) ialah pada 37oC.


Tapak sintesis enzim (enzyme)

Purine Nucleoside Phosphorylase.jpg

1. Maklumat bagi sintesis enzim (enzyme) terdapat di DNA.
2. Heliks ganda dua DNA membuka dan satu bebenang tunggal molekul RNA yang mengandungi maklumat sintesis enzim (enzyme) dibentuk. Proses ini dikenali sebagai proses transkipsi.
3. Bebenang RNA meninggalkan nukleus dan bercantum dengan ribosom di dalam sitoplasma.
4. Ribosom merupakan tapak di mana maklumat yang dibawa oleh RNA digunakan untuk membentuk molekul enzim (enzyme). Proses ini dikenali sebagai proses penterjemahan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti enzim (enzyme)


1) Suhu enzim (enzyme)

  • Enzim (enzyme) tidak aktif pada suhu kurang daripada 0oC.
  • Kadar tindak balas enzim (enzyme) meningkat dua kali ganda bagi setiap kenaikan suhu 10oC.
  • Kadar tindak balas enzim (enzyme) paling optimum pada suhu 37oC. Enzim (enzyme) ternyahasli pada suhu tinggi iaitu lebih dari 50oC.
2) Nilai pH
  • Setiap enzim (enzyme) bertindak paling cekap pada nilai pH tertentu yang disebut sebagai pH optimum.
  • pH optimum bagi kebanyakan enzim (enzyme) ialah pH 7.
  • Terdapat beberapa pengecualian, misalnya enzim (enzyme) pepsin di dalam perut bertindak balas paling cekap pada pH 2, sementara enzim (enzyme) tripsin di dalam usus kecil bertindak paling cekap pada pH 8.

3) Kepekatan substrat

  • Pada kepekatan substrat rendah, bilangan molekul enzim (enzyme) melebihi bilangan molekul substrat. Oleh itu,cuma sebilangan kecil molekul enzim (enzyme) bertindak balas dengan molekul substrat.
  • Apabila kepekatan substrat bertambah, lebih molekul enzim (enzyme) dapat bertindak balas dengan molekul substrat sehingga ke satu kadar maksimum.
  • Penambahan kepekatan substrat selanjutnya tidak akan menambahkan kadar tindak balas kerana kepekatan enzim (enzyme) menjadi faktor pengehad.

4) Kepekatan enzim (enzyme)

  • Pada kepekatan enzim (enzyme) rendah, bilangan molekul substrat melebihi bilangan molekul enzim (enzyme). Oleh itu, cuma sebilangan kecil molekul substrat ditindak balas dengan molekul enzim.
  • Apabila kepekatan enzim (enzyme) bertambah, lebih molekul substrat dapat bertindak balas dengan molekul enzim (enzyme) sehingga ke satu kadar maksimum.
  • Penambahan kepekatan enzim (enzyme) selanjutnya tidak akan menambahkan kadar tindak balas kerana kepekatan substrat menjadi faktor pengehad.

Mekanisme tindakan enzim (enzyme)
  1. Tindakan enzim (enzyme) boleh dijelaskan melalui hipotesis mangga dan kunci kerana penggabungan substrat kepada enzim (enzyme) menyerupai pemasangan kunci kepada mangga.
  2. Substrat dianggap sebagai kunci dan enzim (enzyme) sebagai mangga.
  3. Hipotesis ini dapat menerangkan mengapa tindakan enzim (enzyme) adalah spesifik.
  4. Semasa proses tindak balas biokimia berlaku, enzim (enzyme) bergabung dengan substrat secara sementara untuk membentuk suatu kompleks enzim-substrat di tapak aktif enzim (enzyme).
  5. Substrat menjadi hasil di dalam kompleks enzim-substrat.
  6. Kemudian hasil yang terbentuk akan meninggalkan tapak aktif enzim (enzyme). Enzim (enzyme) tidak berubah dan bebas digunakan semula.
ENZIM + SUBSTRAT --> KOMPLEKS ENZIM-SUBSTRAT --> ENZIM + HASIL
terdapat 3 tindakan enzim:
1) ko-enzim (ko-enzyme)
2) perencatan tidak bertanding
3) perencatan organofosfat

 

Penggunaan enzim (enzyme) dalam kehidupan seharian

Amilase - Terdapat dalam detergen untuk menyingkirkan kotoran seperti coklat, kari dan telur daripada pakaian. -Ditambah dalam proses pencairan kanji sebelum penambahan malt dalam industri alkohol.
Protease - Melembutkan daging. -Membantu menanggalkan kulit ikan dalam industri pengetinan ikan.
Selulase - Melembutkan sayur-sayuran yang tinggi kandungan serabutnya. -Mengeluarkan kulit daripada bijirin seperti gandum. -Mengasingkan agar-agar daripada rumpai laut dengan menguraikan dinding sel daun rumpai dan membebaskan agar-agar yang terkandung dalamnya.
Papain - Enzim yang diperoleh daripada betik untuk melembutkan daging.
Zimase - Dihasilkan oleh yis untuk memecahkan gula kepada etanol.
Renin - Mendadihkan susu.
Lipase - Mengurangkan lemak dalam makanan seperti daging. -Bertindak balas terhadap lemak susu dalam penyediaan keju.

 

Eksperimen

Pernyataan masalah : Apakah kesan pH ke atas aktiviti enzim?
Pembolehubah dimanipulasikan : pH larutan
Pembolehubah dimalarkan : Suhu larutan
Pembolehubah bergerak balas : Penguraian substrat oleh enzim.
Hipotesis: Pepsin bertindak balas paling berkesan dalam keadaan berasid.
Radas dan bahan : Tabung uji; picagari; corong turas; termometer; jam randik; bikar; penunu bunsen; kertas pH; tungku kaki tiga; kasa dawai; ampaian albumen; larutan pepsin 1 %; asid hidroklorik, HCl 0.1 M; larutan natrium hidroksida, NaOH 0.1 M.
Prosedur :
  1. Tiga tabung uji dilabelkan P,Q,R. 2cm3 albumen dan larutan pepsin dimasukkan dalam setiap tabung uji.
  2. 2 cm3 HCl dimasukkan dalam tabung uji P. 1 cm3 masing-masing HCl dan NaOH dimasukkan dalam tabung uji Q manakala 2 cm3 NaOH dimasukkan dalam tabung uji R.
  3. pH larutan campuran di dalam setiap tabung uji ditentukan dengan menggunakan kertas pH.
  4. Kesemua tabung uji direndamkan di dalam kukus air pada suhu 37oC selama 20 minit.
  5. Isi kandungan tabung uji itu diperhatikan.
Keputusan: Hanya tabung uji P kelihatan jernih. Ampaian albumen boleh dilihat dengan jelas dalam tabung uji Q dan R.

Perbincangan:
  1. Tabung uji P,Q dan R direndam di dalam kukus air pada suhu 37oC kerana suhu ini merupakan suhu optimum bagi enzim untuk bertindak balas dengan substrat.
  2. Pada akhir eksperimen, isi kandungan dalam tabung uji P menjadi jernih kerana albumen telah diuraikan oleh protein.
  3. Pepsin menguraikan albumen dalam keadaan berasid.
Kesimpulan :

Aktiviti enzim (enzyme) dipengaruhi oleh pH.
Pada tahun 1958, Daniel Koshland telah mencadangkan hipotesis kunci dan mangga. Enzim (enzyme)merupakan struktur yang fleksibel. Tapak aktif enzim (enzyme) boleh diubahsuai semasa substrat bertindak balas dengan enzim (enzyme). Tapak aktif yang dibina oleh asid amino adalah seperti acuan getah; mampu mengembang dan menguncup mengikut bentuk substratnya. Kadang kala, molekul substrat pula yang berubah sedikit apabila membuat ikatan dengan tapak aktif enzim (enzyme).



MENGENAI PENULIS

*
Namaku Che Norhidayah binti Che Mat merupakan penulis Laman Blog  belajar buat blog . Di Lahirkan di Parit Buntar, Perak dan kini menetap di Kulim, Kedah.  Merupakan uusahawan internet yang aktif dalam aktiviti mempromosi barangan keluaran muslim. Untuk maklumat lanjut sila layari laman blog  http://hikary27.blogspot.com


Tugasan satu

1) upload gambar




2) upload gambar guna URL




3) upload video


<iframe width="425" height="349" src="http://www.youtube.com/embed/UQhQ5wai0h4" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>





4) upload video cara mudah guna insert video


   
                           Lagu 60-an





5) guna Link


Saya suka dengar lagu irama 60-an. hari-hari saya dengar radio alor setar fm 97.5
saya masuk bertanding menyayi masuk surat khabar the star. masuk TV1 sinaran pasport kegemilangan.
sebelum menyayi saya emel sama itu A.ramlee.









Bagaimana nak link kan laman blog?

Hari2 keluar berita di surat khabar, surat khabar yang paling di gemari adalah Harian Metro.
Paling tak best sekali....? ntah ler..
Satu hari ingin berkongsi emel bersama rakan. Rancangan radio kegemaran adalah radio IKIM.fm. Rancanngan Televisyen kegemaran adalah TV3 emel
Pemasaran internet

Bagaimana nak upload video mgunakan Youtube

Bagaimana nak upload gambar dari URL

Bagaimana nak upload gambar

5 Perkara sebelum 5 Perkara


Sihat sebelum sakit
Hidup sebelum mati
Muda sebelum tua
Lapang sebelum sempit
Kaya sebelum miskin

Selamat Datang ke Laman Blog Saya

Selamat Datang ke Laman Blog Saya.

Semoga anda mendapat info yang berguna di laman blog ini.